Sunday, October 21, 2012

PROGRAM PENJELAJAHAN LASAK PROGRAM REMAJA PERDANA RAKAN MUDA

Tarikh   : 11-13 Oktober 2012
Tempat :  Taman Negara Pulau Pinang

Program Penjelajahan Lasak Program Remaja Rakan Muda dianjurkan untuk melatih peserta dari segi fizikal dan mental, selain itu dapat menwujudkan sifat cinta dan sayang kepada flora dan fauna serta mendekatkan diri kepada alam semulajadi dan pencipta-NYA. Program ini telah disertai oleh 61 orang peserta dari 5 buah sekolah sekitar Kota Setar. Berikut adalah senarai sekolah yang teribat.
1.SMK Tunku Sofiah
2.SMK Convent
3.SMK Muadzam Shah
4.SMK Tajar
5.SMK Simpang Kuala






























PROGRAM REMAJA PERDANA RAKAN MUDA DIBERI NAMA BARU

Sukacita dimaklumkan bahawa Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda(ARPRM) ditelah diberi nama baru. ARPRM telah mendapat nama baru dari pihak Kementerian Belia&Sukan Malaysia,nama baru tersebut ialah Program Remaja Perdana Rakan Muda (PRPRM). Nama Anugerah Remaja Perdana tidak dibubarkan terus,kerana label Anugerah Remaja Perdana akan diberi kepada peserta yang telah berjaya menyelesaikan kesemua kompenen dan telah ditauliahkan. Nama Anugerah Remaja Perdana akan digunapakai semasa majlis pentauliahan dan penganugerahan Program Remaja Perdana Rakan Muda(PRPRM) tersebut. Nama baru tersebut telah dilancarkan kurang lebih 6 bulan yang lepas, telah banyak program dijalankan dibawah Kementerian Belia&Sukan(KBS) sendiri yang menggunakan nama baru tersebut malah Badan Operasi(BO) ARPRM KLNK juga turut tidak ketinggalan menggunakan baru tersebut pada Program Penjelajahan Lasak baru-baru ini. Diharap dengan maklumat ini segala program yang dijalankan oleh Badan Operasi APRPM dibawah KLNK dapat diselaraskan dengan pihak Jabatan Belia&Sukan Negeri Kedah amnya dan pihak Kementerian Belia&Sukan Malaysia khasnya.
Sekian..