Wednesday, November 7, 2012

PROGRAM PENJELAJAHAN LASAK PROGRAM REMAJA PERDANA RAKAN MUDA

Tarikh : 31 Oktober - 2 November 2012
Tempat : Taman Negara Pulau Pinang
Jumlah peserta : 77 orang
Guru Pengiring : 3 orang

Program Penjelajahan Lasak Program Remaja Rakan Muda dianjurkan untuk melatih peserta dari segi fizikal dan mental, selain itu dapat menwujudkan sifat cinta dan sayang kepada flora dan fauna serta mendekatkan diri kepada alam semulajadi dan pencipta-NYA. Program ini telah disertai oleh 77 orang peserta, 3 orang guru pengiring. Kesemua peserta dari Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Bahiyah peserta program ini terdiri dari tingkatan 2,tingkatan 4 dan tingkatan 3 iaitu pelajar lepasan PMR sebagai satu aktiviti selepas PMR.  

Trekking Masok ke Campsite Pantai Kerachut



Peserta Tiba di Campsite Pantai Kerachut


Cooling Down
 


Senaman Pagi

Sarapan Pagi
Mengambil telur penyu



Peserta melepaskan penyu

Penyu bergerak ke pantai

aktiviti Galah panjang

Pemandangan Matahari terbenam(Sunset) di Pantai Kerachut


Bersiap untuk meninggalkan tapak kem

Sunday, November 4, 2012

Selamat Menghadapi SPM 2012

Di sini admin ingin mengucapkan selamat menghadapi SPM 2012 bagi calon-calon SPM batch 1995. Diucapkan semoga berjaya kepada calon2 SPM yang akan menduduki SPM bermula esok. Diharap anda tidak mensia2kan masa yang diberi semasa menjawab soalan nanti. Kami dari Pasukan Kelana 'B' Laut Negeri Kedah mengucapkan semoga berjaya kepada anak-anak atau adik-adik semoga kalian berjaya kelak. Kami sentiasa mendoakan kejayaan anda semua.

Friday, November 2, 2012

MAJLIS KORBAN ANJURAN JABATAN BELIA&SUKAN NEGERI KEDAH DENGAN KERJASAMA PASUKAN KELANA LAUT NEGERI KEDAH

Tarikh : 28 Oktober 2012(bersamaan 12 Zulhijjah 1433) Hari Raya ke-3
Tempat : Kompleks Belia & Sukan Negeri Kedah (KOMBES)

Majlis korban ini disertai oleh kakitangan Jabatan Belia&Sukan Negeri Kedah(JBSNK) dan ahli-ahli Pasukan Kelana Laut 'B' Negeri Kedah. Pada majlis ini 3 ekor lembu dan seekor kambing telah dikorbankan. Majlis ini telah berjalan dengan lancar dan berakhir kira-kira jam 15.00 p.m.