Thursday, January 9, 2014

PROGRAM PENGENALAN ANUGERAH REMAJA PERDANA RAKAN MUDA PINGAT GANGSA 2013 SMK JABI



Pada  14-15 November  yang lalu, Sekolah Menengah Kebangsaan Jabi telah menganjurkan Program Pengenalan ARPRM Pingat Gangsa 2013 bagi pelajar-pelajar sekolah tersebut dengan kerjasama Pasukan Kelana Laut Negeri Kedah. Seramai  40 orang peserta majoriti  terdiri daripada pelajar tingkatan 2 telah berjaya mengikuti program tersebut yang belangsung dengan jayanya di Kem Dara Mandi,Yan Kedah.  Antara aktiviti yang dijalankan ialah kraf perkhemahan, jungle trekking dan aktiviti LDK. Sepanjang program ini berlangsung. Peserta dikehendaki memasak mengikut kumpulan,aktviti  ini bertujuan memupuk semangat berpasukan dan sifat berdikari.klik untuk lihat lebih gambar



MAJLIS PENTAULIAHAN PINGAT GANGSA DAN PERAK ANUGERAH REMAJA PERDANA RAKAN MUDA DAERAH KOTA SETAR 2013



Tanggal 13 November  2013, satu majlis pentauliahan pingat telah berlangsung di Dewan Raffelsia, Kompleks Belia dan Sukan Negeri  Kedah. Majlis Pentauliahan Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda  Pingat Gangsa dan Perak 2013. Seramai 90 peserta  terdiri dari  97 penerima pingat Gangsa dan 23 pingat Perak telah menerima pingat yang disampaikan oleh Pengawai Pelajaran Daerah Kota Setar. Peserta yang mendapat  pingat ini telah berjaya melaksanakan kesemua kompenen yang diperlu dipenuhi dibawah Badan Operasi (BO) Kelana Laut Negeri Kedah.  Majlis dimulakan dengan bacaan doa, diikuti  ucapan aluan Tuan pegawai pelajaran serta penyampaian pingat pada peserta. Majlis berakhir dengan jamuan ringan.


PROGRAM KOKURIKULUM SEKOLAH KEBANGSAAN JALAN PEGAWAI 2013

Pada 6-7 November 2013 Sekolah Kebangsaan Jalan Pegawai telah mengadakan Program Kokurikulum bagi tahun 2013 dengan kerjasama dengan Pasukan Kelana 'B' Laut Negeri Kedah. Program tersebut telah berlangsung selama 2 hari bertempat di Kem Dara Mandi, Yan, Kedah. Seramai 80 peserta terdiri daripada 41 pelajar perempuan dan 39 pelajar lelaki beserta guru pengiring seramai 2 orang. Program ini melibatkan 6 orang jurulatih dari Kelana Laut diketuai oleh abah dan dibantu oleh 4 orang peserta ARP masing-masing 2 orang dari SMK Sultanah Bahiyah dan 2 orang SMK Mergong. Antara aktiviti yang dijalankan adalah LDK, Blindfool, Flying fox dan Jungle Trekking. Jungle Trekking telah diketuai oleh jurulatih jemputan iaitu En Khairul Helmy dan En Nashimi. Program tersebut telah belangsung dengan jayanya walaupun ditimpa hujan Rahmat sepanjang program berlansung.
klik untuk lihat lebih gambar