Friday, June 27, 2014

MARHABAN YA RAMADHAN

Admin mewakili seluruh warga kerja, ahli-ahli Kelana Laut Negeri Kedah sejak dari penubuhan KLNK ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak kepada semua umat Islam khasnya kepada sekolah-sekolah,IPT, badan kerajaan dan NGO yang telah bekerjasama dengan KLNK selama ini. Di kesempatan ini, admin juga ingin mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan kepada Pemimpin Kelana Laut Negeri Kedah En Azmi Din(ABAH) serta barisan jurulatih dan urusetia KLNK yang banyak bekerja keras dalam menjayakan program yang diamanahkan kepada KLNK. Pada Ramadhan kali ini admin berharap kita semua akan diberikan kesihatan yang baik dan umur yang panjang hingga akhir Ramadhan untuk kita bersama-sama melakukan ibadah yang berlipat kali ganda pahalanya seperti dijanjikan oleh ALLAH S.W.T. Akhir kalam admin sekali lagi mewakili ahli-ahli KLNK ingin memohon ampun dan maaf diatas ketelanjuran perbuatan dan kelancangan percakapan andai ada menguris mana-mana pihak. Sekian.




"SALAM RAMADHAN"
#BO ARPRM KLNK
#ARP EMAS
#GROUP KLNK

PROGRAM KEMAHIRAN PINGAT EMAS ANUGERAH REMAJA PERDANA RAKAN MUDA

Pada 26-28 JUN 2014, seramai 24 orang peserta telah berjaya mengikuti satu program kemahiran anjuran Kelana Laut Negeri Kedah. Peserta terdiri dari pada pelajar SMK Sultanah Bahiyah dan SMK Khir Johari. Antara aktiviti yang dijalankan ialah kemahiran menggunakan tali aras tinggi seperti Abseiling. Selain daripada itu peserta telah diajar beberapa teknik ikatan yang digunakan semasa aktiviti rekreasi.

PROGRAM PERTANDINGAN ORIENTEERING (PANDU ARAH) SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SAINS POKOK SENA

Pada 20 JUN 2014 bersamaan hari Jumaat, Sekolah Menengah Kebangsaan Sains Pokok Sena telah menganjurkan satu Program Orienteering (Pandu Arah) peringkat sekolah. Seramai 95 orang telah berjaya mengikuti program tersebut. Program ini dijalankan untuk memberi kemahiran menggunakan kompas serta memupuk semangat berpasukan.









PROGRAM PENEMPATAN PINGAT EMAS ANUGERAH REMAJA PERDANA 2014


Pada 3 - 7 JUN 2014 yang lalu seramai 40 peserta Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda dari Badan Operasi Kelana Laut Negeri Kedah dan Badan Operasi Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Muda dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah mengadakan Program Penempatan Pingat Emas 2014 bertempat di Pulau Tuba, Langkawi. peserta terdiri dari SMK Sultanah Bahiyah, SMK Convent Alor Setar, SMK Simpang Kuala ,SMK Muazam Shah dan SMK Khir Johari.Pelbagai aktiviti telah dijalankan antaranya khidmat masyarakat dan kemahiran.

Tuesday, June 3, 2014

PENTAULIAHAN ANUGERAH REMAJA PERDANA RAKAN MUDA (ARPRM) TAHAP EMAS 2014

Setelah memenuhi syarat dan kriteria yang telah ditetapkan oleh Kementerian Belia dan Sukan(KBS), seramai 8 orang ahli Kelana Laut Negeri Kedah(KLNK) dibawah Badan Operasi Kelana Laut Negeri Kedah(BOKLNK) telah ditauliahkan pingat EMAS dalam Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda(ARPRM) pada 23 Mei 2014 yang lalu. Majlis tersebut berlangsung di Putrajaya International Convention Centre (PICC), Putrajaya. Majlis tersebut diadakan semasa Karnival Hari Belia Peringkat Kebangsaan 2014 (23-25 Mei 2014) yang bertemakan "Dari Belia Untuk Belia". Yang berhormat Khairy Jamaluddin Abu Bakar, Menteri Belia dan Sukan telah menyempurnakan majlis pentauliahan tersebut. Sekalung ucapan tahniah dan terima kasih kepada mereka kerana telah berjaya ditauliahkan, diharap semoga ada lagi penerima tauliah pingat emas ini pada masa akan datang. Jutaan terima kasih juga pada Pn Ashkiah Suboh (Umy) dan Azmi bin Din (Abah) selaku pemimpin Badan Operasi Kelana Laut Negeri Kedah(BOARPRM) kerana banyak membantu dalam melaksanakan program tersebut sehingga ditauliahkan.
Berikut adalah penerima anugerah tersebut :-
1. Azaruddin Bin Ahmad
2.Nabawi Bin Azizan
3.Mazaitul Akma Suhaimi
4. Nurul Adiela Binti Anuar
5.Siti Zulaikha Binti Zolkafli
6.Norfarhana Syamiza Binti Amir Sham 
7.Muhammad Ashraf Bin Sulaiman
8.Norlina Binti Ismail

Bersama Pn Ashkiah Suboh(Mantan Pegawai Rakan Muda JBSNK)


Bersama Abg Suhail

















Bersama Tn Haji Aziz(Pengarah Jabatan Belia&Sukan Negeri Kedah) dan Cik Sue