Monday, May 18, 2009

Jamboree On The Air ( JOTA 2009 ) Malaysia Kedua Peringkat Kebangsaan

* bergambar bersama Dato' Latt Shariman Bin Abdullah

Tarikh : 15hb Hingga 17hb Mei 2009
Tempat : Kem Kokurikulum Daerah Kota Setar, Kuala Sala, Kedah

  • JOTA 2009 telah diadakan di Pusat Kokurikulum Kota Setar, yang dianjurkan oleh Majlis Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Kota Setar dan Kelana Komunikasi Negeri Kedah dengan kerjasama Pengakap Kelana Komunikasi Ibu Pejabat PPM, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah, Pejabat Pelajaran Daerah Kota Setar, Kelab Radio Amatur Kota Setar serta Kelana Samudera Kuala Kedah.
  • Program ini telah dirasmikan oleh Dato' Latt Shariman Bin Abdullah, yang merupakan Pegawai Tugas - Tugas Khas Perdana Menteri Malaysia.
  • Peserta adalah melebihi 500 orang, iaitu daripada sekolah - sekolah yang terdapat di daerah Kota Setar.
  • JOTA 2009 adalah satu program jamboree di mana seluruh ahli pengakap yang terdapat di Malaysia akan berkomunikasi antara satu sama lain melalui udara dengan menggunakan radio.
  • Di samping itu, pada sebelah petang turut dibuat perjumpaan untuk ahli - ahli Kelana yang terdiri daripada Kelana Laut Negeri Kedah, Kelana Komunikasi Negeri Kedah, Kelana Samudera Kuala Kedah, Kelana P Kubang Pasu dan Kelana K Kubang Pasu.
  • Tahniah kepada mereka yang telah menjayakan program JOTA 2009.
by : Nurul

Wednesday, May 13, 2009

Jota Malaysia ke-2 Peringkat Kebangsaan 2009


  • Base : Kem Kokurikulum Daerah Kota Setar, Kuala Sala, Kedah
  • Tarikh : 15 - 17 Mei 2009