Wednesday, November 7, 2012

PROGRAM PENJELAJAHAN LASAK PROGRAM REMAJA PERDANA RAKAN MUDA

Tarikh : 31 Oktober - 2 November 2012
Tempat : Taman Negara Pulau Pinang
Jumlah peserta : 77 orang
Guru Pengiring : 3 orang

Program Penjelajahan Lasak Program Remaja Rakan Muda dianjurkan untuk melatih peserta dari segi fizikal dan mental, selain itu dapat menwujudkan sifat cinta dan sayang kepada flora dan fauna serta mendekatkan diri kepada alam semulajadi dan pencipta-NYA. Program ini telah disertai oleh 77 orang peserta, 3 orang guru pengiring. Kesemua peserta dari Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Bahiyah peserta program ini terdiri dari tingkatan 2,tingkatan 4 dan tingkatan 3 iaitu pelajar lepasan PMR sebagai satu aktiviti selepas PMR.  

Trekking Masok ke Campsite Pantai Kerachut



Peserta Tiba di Campsite Pantai Kerachut


Cooling Down
 


Senaman Pagi

Sarapan Pagi
Mengambil telur penyu



Peserta melepaskan penyu

Penyu bergerak ke pantai

aktiviti Galah panjang

Pemandangan Matahari terbenam(Sunset) di Pantai Kerachut


Bersiap untuk meninggalkan tapak kem

Sunday, November 4, 2012

Selamat Menghadapi SPM 2012

Di sini admin ingin mengucapkan selamat menghadapi SPM 2012 bagi calon-calon SPM batch 1995. Diucapkan semoga berjaya kepada calon2 SPM yang akan menduduki SPM bermula esok. Diharap anda tidak mensia2kan masa yang diberi semasa menjawab soalan nanti. Kami dari Pasukan Kelana 'B' Laut Negeri Kedah mengucapkan semoga berjaya kepada anak-anak atau adik-adik semoga kalian berjaya kelak. Kami sentiasa mendoakan kejayaan anda semua.

Friday, November 2, 2012

MAJLIS KORBAN ANJURAN JABATAN BELIA&SUKAN NEGERI KEDAH DENGAN KERJASAMA PASUKAN KELANA LAUT NEGERI KEDAH

Tarikh : 28 Oktober 2012(bersamaan 12 Zulhijjah 1433) Hari Raya ke-3
Tempat : Kompleks Belia & Sukan Negeri Kedah (KOMBES)

Majlis korban ini disertai oleh kakitangan Jabatan Belia&Sukan Negeri Kedah(JBSNK) dan ahli-ahli Pasukan Kelana Laut 'B' Negeri Kedah. Pada majlis ini 3 ekor lembu dan seekor kambing telah dikorbankan. Majlis ini telah berjalan dengan lancar dan berakhir kira-kira jam 15.00 p.m.




Sunday, October 21, 2012

PROGRAM PENJELAJAHAN LASAK PROGRAM REMAJA PERDANA RAKAN MUDA

Tarikh   : 11-13 Oktober 2012
Tempat :  Taman Negara Pulau Pinang

Program Penjelajahan Lasak Program Remaja Rakan Muda dianjurkan untuk melatih peserta dari segi fizikal dan mental, selain itu dapat menwujudkan sifat cinta dan sayang kepada flora dan fauna serta mendekatkan diri kepada alam semulajadi dan pencipta-NYA. Program ini telah disertai oleh 61 orang peserta dari 5 buah sekolah sekitar Kota Setar. Berikut adalah senarai sekolah yang teribat.
1.SMK Tunku Sofiah
2.SMK Convent
3.SMK Muadzam Shah
4.SMK Tajar
5.SMK Simpang Kuala






























PROGRAM REMAJA PERDANA RAKAN MUDA DIBERI NAMA BARU

Sukacita dimaklumkan bahawa Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda(ARPRM) ditelah diberi nama baru. ARPRM telah mendapat nama baru dari pihak Kementerian Belia&Sukan Malaysia,nama baru tersebut ialah Program Remaja Perdana Rakan Muda (PRPRM). Nama Anugerah Remaja Perdana tidak dibubarkan terus,kerana label Anugerah Remaja Perdana akan diberi kepada peserta yang telah berjaya menyelesaikan kesemua kompenen dan telah ditauliahkan. Nama Anugerah Remaja Perdana akan digunapakai semasa majlis pentauliahan dan penganugerahan Program Remaja Perdana Rakan Muda(PRPRM) tersebut. Nama baru tersebut telah dilancarkan kurang lebih 6 bulan yang lepas, telah banyak program dijalankan dibawah Kementerian Belia&Sukan(KBS) sendiri yang menggunakan nama baru tersebut malah Badan Operasi(BO) ARPRM KLNK juga turut tidak ketinggalan menggunakan baru tersebut pada Program Penjelajahan Lasak baru-baru ini. Diharap dengan maklumat ini segala program yang dijalankan oleh Badan Operasi APRPM dibawah KLNK dapat diselaraskan dengan pihak Jabatan Belia&Sukan Negeri Kedah amnya dan pihak Kementerian Belia&Sukan Malaysia khasnya.
Sekian..

Friday, April 6, 2012

Arp Rakan Muda Part 1 Slideshow & Video

Arp Rakan Muda Part 1 Slideshow & Video: TripAdvisor™ TripWow ★ Arp Rakan Muda Part 1 Slideshow ★ to Taman Negara National Park. Stunning free travel slideshows on TripAdvisor

Saturday, March 3, 2012

PEMIMPIN KELANA 'B' LAUT NEGERI KEDAH TERIMA ANUGERAH PINGAT P.J.K

TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA TUAN AZMI BIN DIN YANG LEBIH DIKENALI OLEH RAKAN-RAKAN DENGAN EN MAT KELANA ATAU LEBIH MESRA DIPANGGIL OLEH AHLI-AHLI KELANA DAN PESERTA-PESERTA PROGRAM SEBAGAI 'ABAH' DAN TOK AYAH.PADA 28 FEB 2012 YANG LEPAS TUAN AZMI TELAH MENERIMA PINGAT P.J.K DARI KERAJAAN NEGERI KEDAH YANG DIKURNIAAN OLEH DYAM SULTAN KEDAH SENDIRI SULTAN ABDUL HALIM MUADZZAM SHAH YANG MERANGKAP AGUNG SEKARANG INI DI ISTANA ANAK BUKIT. TAHNIAH SEKALI LAGI DIUCAPKAN DIATAS PENCAPAIAN DAN USAHA DAN KERINGAT BELIAU YANG TIDAK PERNAH KENAL PUTUS ASA DAN SENTIASA MENOLONG ORANG PADA SETIAP MASA. DIDOAKAN SEMOGA EN AZMI BIN DIN @ ABAH SENTIASA BERJAYA DIMASA HADAPAN DAN KLNK TERUS MAJU. INSYAALLAH,SEKIAN...

PROGRAM PENGEMBAARAN BAGI PESERTA ARP SMK TUNKU ABDUL MALIK

TARIKH : 23-24 FEB 2012
TEMPAT : ASTAKA SMKTAM
Program pengembaraan ini adalah untuk mempekenalkan ARPRM serta mendaftar ahli-ahli baru bagi pelajar SMKTAM dibawah Kelab Rakan Muda Sekolah tersebut. Salah satu kompenen yang telah dijalankan ialah pengembaraan. Laluan pengembaraan ialah dari SMKTAM-Anak Bukit-Alor Madi-SMKTAM.





AKTIVITI BERSAMA PASUKAN PENGANKAP SMT ALOR SETAR SESI 1(KOMPAS&ORENTERRING)

TARIKH:20 FEB 2012
TEMPAT: MAKMAL SAINS DAN KAWASAN SEKITAR SMTAS







TARIKH:21 FEB 2012
TEMPAT: MAKMAL SAINS DAN KAWASAN SEKITAR SMTAS