- Disertai oleh 15 orang ahli K.L.N.K dan 7 Orang peserta Arp.
- menuju pergi dan balik ke KL dengan kereta api. (Perjalanan yang penuh menyeksakan)
- Terima Kasih kepada KelKom Ibu Pejabat yang membantu kami di sana.
- Sekali Berpengakap terus Berpengakap





Saturday, April 25, 2009
Perhimpunan Raksasa 100 Tahun Pengakap
Monday, April 6, 2009
Kem Pemilihan Peserta Program Pertukaran Belia Antarabangsa 2009

Kem Pemilihan Peserta Program Pertukaran Belia Antarabangsa 2009
Tempat : Akademi Pembangunan Belia Malaysia
Tarikh : 3hb April hingga 5hb April 2009
- Tahniah kepada ahli Pasukan Kelana B Laut Negeri Kedah kerana telah terpilih untuk menghadirkan diri ke kem tersebut.
- Program ini adalah bertujuan untuk memilih mereka yang berkelayakan bagi mewakili Malaysia untuk ke Program Kapal Asia di samping penyertaan daripada 10 negara yang lain.
- Diharap mereka berpeluang untuk menyertai program tersebut di samping program antarabangsa yang lain seperti program pertukaran ke Korea, Indonesia, China, Negara-negara Komanwel dan Singapura.
- Ahli pasukan yang terlibat adalah :
- Nurul Haslizal Binti Jaafar
- Arlina Erma Binti Othman
by : Nurul
Monday, March 23, 2009
Kelana Komunikasi Negeri Kedah
Pelancaran dan Pentauliahan Kelana Komunikasi Negeri KedahTarikh : 19hb Mac Hingga 21hb Mac 2009
- Tahniah pada Kelana Komunikasi Negeri Kedah (KelKom Kedah) kerana pentauliahan anda pada minggu lepas.
- Semoga KelKom Kedah terus terbang tinggi di udara dan menaikan martabat KelKom.
- Terima Kasih juga diucapkan kepada KelKom Ibu Pejabat karana sanggup datang dari jauh untuk melatih peserta KelKom Kedah.Kem ni turut dihadiri oleh Tn Hj. Zakran Bin Abdul Manan (Pen Ketua Pesuruhjaya PPM merangkap Pengerusi Krew Pengakap Kelana Komunikasi Ibu Pejabat PPM)
- Semoga kita berjumpa lagi dan Selamat maju jaga pada Kelkom Kedah.
*gambar dah ada di Flickr..
sila klik di Link Flickr utuk tgk lebih bnyak
Sunday, March 22, 2009
RMJM siri 1 2009
Tempat : Kem PLKN Bukit Besar dan Sedim Eco Park




- Anda semua andalah yang terbaik..
- kami fasilitotor RMJM mendoakan kesejahteraan dan kejayaan adik2 semua di masa hadapan
- Semoga kita berjumpa lagi.
- Sekian
Saturday, March 14, 2009
HARIAN METRO : PERHIMPUNAN 50 ARP
JABATAN Belia dan Sukan Negeri Kedah (JBSNK) mengadakan perjumpaan khas bagi menghimpunkan ahli Anugerah Remaja Perdana (ARP) di Kompleks Belia dan Sukan, Alor Star, baru-baru ini.
Perjumpaan khas itu disertai 50 pelajar dari seluruh Kedah itu bertujuan memberi taklimat kepada ahli ARP mengenai aktiviti yang bakal dijalankan sepanjang tahun ini.
ARP adalah satu program khas yang memberi rangsangan fizikal dan mental selain menyediakan pembangunan diri remaja berumur 14 hingga 25 tahun.
Pemimpin Pasukan Kelana Laut Negeri Kedah merangkap jurulatih ARP, Azmi Din, berkata pelbagai aktiviti diadakan sebelum ini, antaranya kem motivasi, kem kepimpinan, khidmat masyarakat, rekreasi fizikal dan sukan, kemahiran dan inovasi, ekspedisi serta aktiviti lasak.
Katanya, program itu membolehkan ahli ARP bertukar pengalaman dengan kenalan baru selain mengasah minat dan bakat terpendam mereka.
"Menerusi pelbagai program ini, kami mengharapkan ahli ARP dapat mengenali keupayaan diri sendiri dan memupuk amalan gaya hidup yang sihat dalam kalangan generasi muda.
"Pencapaian yang mereka miliki bukan saja untuk kepuasan peribadi tetapi mendapat pengiktirafan dan anugerah daripada Kementerian Belia dan Sukan," katanya.
Bagi pelajar SMK Jabi, Nur Fatinajua Zainol, dia menyertai ARP untuk mengisi masa lapang.
Katanya, sejak setahun menyertai ARP, dia seronok kerana dapat meluaskan kenalan dari sekolah lain.
"Memang seronok, selain meluaskan pergaulan, kami dapat saling membantu dalam pelajaran," katanya.
Amirul Asyraf Hamzah dari SMK Hosba, menganggap program itu memberi motivasi dan ketahanan diri.
"Program ini bagus untuk remaja kerana mengisi masa lapang dan terbabit dalam pelbagai program berfaedah," katanya.
HARIAN METRO, VARIASI 14 MAC 2009
Sunday, March 8, 2009
SELAMAT MENYAMBUT HARI MAULIDUR RASUL 1430H
Kami di Pasukan Kelana B Laut Negeri Kedah mengucapkan Selamat Menyambut Hari Maulidur Rasul 1430H...
"WAHDAH PEMANGKIN KHAIRA UMMAH"
Monday, March 2, 2009
PERKHEMAHAN KO-KURIKULUM SK SRI PERDANA, MERGONG.
TEMPAT : PADANG SK SRI PERDANA
ANJURAN : UNIT KO-KURIKULUM SK SRI PERDANA DENGAN KERJASAMA PASUKAN KELANA B LAUT NEGERI KEDAH.
Para petugas juga bertuah kerana dapat berjumpa dgn Cikgu Said. Beliau adalah orang lama kelana. Bak kata pepatah, bagai sirih pulang ke gagang.
Sekalung tahniah dan terima kasih dari kami di KLNK kepada semua guru - guru SK Sri Perdana yang terlibat.
Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah dan yang buruk itu dari kelemahan diri kami sendiri. Moga memori indah yang terbina akan terpahat di sanubari setiap peserta dan petugas.
Salam ceria dari kami...
Esok jangan layu-layuan,
Intai kami antara nampak,
Esok jangan rindu - rinduan.
Kalau ada sumur di ladang,
Boleh saya menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
Boleh kita berjumpa lagi.
