Wednesday, December 31, 2008

SELAMAT TAHUN BARU 2009


Selamat tahun baru 2009 kami semua ucapkan kepada semua pengunjung blog.
Semoga tahun 2008 yang ditinggalkan kemarin dipenuhi keberkatan dan kegembiraan.
Mulakan 2009 dengan penuh keazaman dan kesungguhan.
Apa azam anda???
teruskan untuk menyokong KELANA "B" LAUT NEGERI KEDAH supaya menjadi pasukan yang cemerlang..
Datang ke pejabat kami untuk mengetahu aktiviti 2009.


Semoga Kelana terus maju.
akhir kata

Sekali berpengakap,terus berpengakap

Sunday, December 28, 2008

PENGEMBARAAN ANUGERAH REMAJA PERDANA PINGAT PERAK

  • TARIKH : 14 - 18 DISEMBER 2008
  • TEMPAT : HUTAN SIMPAN ULU MUDA, SUNGAI LASSO, BALING
  • PESERTA : 37 ORANG

  • Sungai Lasso adalah salah satu Sungai di Hutan Simpan Ulu Muda
  • Harus berjalan kaki selama 4jam untuk sampai tapak perkhemahan dan pembawa barang dengan motosikal mengambil masa sejam untuk sampai mengikut jalan pembalakan.





  • Tahniah pada peserta yang menyertai xpdc Lasso..memang mencabar kan????
  • mahu lihat lebih gambar?? klik d bawah.
Flickr Kelana Laut Negeri Kedah

p/s : gambar lasso nie nnt abg epi upload dlm flickr ok..

PENTAULIAHAN ANUGERAH REMAJA PERDANA PINGAT GANGSA

  • Diadakan pada 13 disember 2008.
  • Pertauliahan telah diadakan di kompleks Belia dan Sukan Negeri Kedah.
  • Seramai 36 orang peserta daripada Badan Operasi Kelana Laut telah ditauliahkan.
  • di bawah ada sedikat sorotan sewaktu upacara pentauliahan berlansungan.
  • Sebanyak 3 orang peserta terbaik Anugerah Remaja Perdana daripada 4 orang adalah dari badan operasi K.L.N.K


  • untuk gambar yang lebih lagi..adik boleh klik ayat di bawah nie k..


Friday, December 12, 2008

PULAU PAYAR : ADVANCE RESCUE JPAM SELANGOR


di atas bot nelayan.

ariff dan shafik
abah dan zaini



TARIKH : 10 - 12 DISSEMBER 2008
TEMPAT : TAMAN LAUT PULAU PAYAR
PESERTA : 10 PEGAWAI JABATAN PERTAHANAN AWAM

Seramai 6 orang ahli kelana telah menyumbang bakti sebagai tukang masak di kursus ini... selain itu, mereka juga berpeluang untuk mencuba kativiti snorkeling di sekitar pantai Pulau Payar. terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat...

KETUA CHEF : ABAH
CHEF KANAN : NURUL

PEMBANTU CHEF :
  1. ARIFF
  2. SHAFIK
  3. ZAIREY
  4. ZAINI
p/s: x da sijil chef pun semua tuh.... hahhahaha.....

KELANA RAYA HAJI 2008






Assalamualaikum dan salam sejahtera... selamat menyambut hari raya aidil adha kepada semua umat Islam di seluruh dunia... moga tahun ini akan membawa lebih keberkatan kepada kita.. disini saya sisipkan beberapa keping gambar aktiviti ahli kelana di hari raya itu... mengunjungi rumah abah dan paklang..... trima kasih diucapkan kepada semua...

Saturday, December 6, 2008

SEMINAR KEPIMPINAN KESUKARELAAN



perasmian sambutan hari belia antarabangsa oleh timbalan menteri belia & sukan


peserta dri sabah


kak eri (ganu kite) & cikgu zul (melaka)


penyampaian sijil dari YBHG. Pn. Wasitah
Timbalan Ketua Pengarah JBS Negara


bersama peserta Labuan... Cheqro.... wa caya samalo...



ali, ziman, toni, chaq



SEMINAR KEPIMPINAN SUKARELAWAN SEMPENA SAMBUTAN HARI BELIA ANTARABANGSA 2008

TARIKH : 4 - 6 DISEMBER 2008
TEMPAT : PUSAT BELIA ANTARABANGSA, CHERAS
PESERTA : 122 0RANG (2 AHLI KELANA LAUT NEGERI KEDAH)

Satu seminar telah dijalankan di IYC, Cheras bagi mengumpulkan sukarelawan belia di seluruh negara sempena meraikan Hari Sukarelawan Antarabangsa 2008 pada 5 Disember 2008. Seramai 122 peserta dari seluruh pelosok negara hadir bagi menjayakan program ini. Sukarelawan yang hadir adalah daripada pelbagai cabang iaitu SKUAD SUKARELAWAN UNICEF, SKUAD SUKARELAWAN RAKAN MUDA NEGERI, SUKARELAWAN IYC, KELAB RAKAN MUDA PARLIMEN, SUKARELAWAN MUDA ANTARABANGSA (SUARAMU) dan PESERTA / PEMIMPIN ANUGERAH REMAJA PERDANA RAKAN MUDA.

Dua peserta adalah dari Pasukan Kelana Laut B Negeri Kedah iaitu saudara AHMAD FATANI BIN MD NORODIN & AHMAD ARIFF BIN MARZUKI mewakili ARPRM Kedah.

TERIMA KASIH..

P/S : kepada rakan2 yg menghadiri program ini jgn lupa utk terus berhubungan. HIDUP SUKARELAWAN!!!!!

Monday, December 1, 2008

XPDC JELAJAH PULAU TUBA 2008












XPDC JELAJAH PULAU TUBA 2008
TARIKH: 24 HINGGA 28 NOVEMBER 2008
TEMPAT : KEM KLNK PULAU TUBA, LANGKAWI
PESERTA : 20 ORANG

program ini adalah anjuran Kelana Laut Negeri Kedah untuk peserta - peserta ARPRM bagi tahun ini. program ini adalah salah satu acara tahunan KLNK bersama penduduk Pulau Tuba Langkawi yang telah lama bersama dengan KLNK menjayakan pelbagai program di sana...

antara aktiviti yang dijalankan:
1. x-plorasi Gua Wang Buluh
2. memukat ikan, udang dan ketam
3. lawatan ke Pulau Dayang Bunting
4. lawatan ke Pulau Kazambo / SeaShell
5. menangkap Beronok
6. menangkap burung Wak Wak
7. makan Laksa Tuba