Sunday, October 21, 2012

PROGRAM REMAJA PERDANA RAKAN MUDA DIBERI NAMA BARU

Sukacita dimaklumkan bahawa Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda(ARPRM) ditelah diberi nama baru. ARPRM telah mendapat nama baru dari pihak Kementerian Belia&Sukan Malaysia,nama baru tersebut ialah Program Remaja Perdana Rakan Muda (PRPRM). Nama Anugerah Remaja Perdana tidak dibubarkan terus,kerana label Anugerah Remaja Perdana akan diberi kepada peserta yang telah berjaya menyelesaikan kesemua kompenen dan telah ditauliahkan. Nama Anugerah Remaja Perdana akan digunapakai semasa majlis pentauliahan dan penganugerahan Program Remaja Perdana Rakan Muda(PRPRM) tersebut. Nama baru tersebut telah dilancarkan kurang lebih 6 bulan yang lepas, telah banyak program dijalankan dibawah Kementerian Belia&Sukan(KBS) sendiri yang menggunakan nama baru tersebut malah Badan Operasi(BO) ARPRM KLNK juga turut tidak ketinggalan menggunakan baru tersebut pada Program Penjelajahan Lasak baru-baru ini. Diharap dengan maklumat ini segala program yang dijalankan oleh Badan Operasi APRPM dibawah KLNK dapat diselaraskan dengan pihak Jabatan Belia&Sukan Negeri Kedah amnya dan pihak Kementerian Belia&Sukan Malaysia khasnya.
Sekian..

No comments: