Monday, May 5, 2014

PROGRAM KONVOI AMAL SILATURAHIM(Scout Ride to Indera Kayangan)

Pada 1-2 Mei yang lalu, Kumpulan Kelana 'K' Kubang Pasu(Knight Rover) telah menganjurkan urahim Program Konvoi Amal Silaturahim(Scout Ride to Indera Kayangan), dengan kerjasama dari Persekutuan Pengakap Negeri Kedah dan Kumpulan Kelana Negeri Kedah. Program tersebut telah disertai oleh ahli Kelana dari seluruh negeri Kedah, antaranya Kulim, Pendang, Yan, Baling , Kota Setar dan penglibatan Kelana Siswa dari Institit Perguruan Darul Aman(IPDA). Seramai 70 peserta telah menyertai Konvoi Amal tersebut, Kelana Laut Negeri Kedah telah menghantar 10 orang peserta untuk mewakili konvoi Amal tersebut. Berikut adalah nama-nama peserta konvoi dari KLNK.

1.Ahmad Ariff Marzuki
2.Azaruddin Ahmad
3.Mohd Nabawi Azizan
4.Muhammad Sayuthi
5.Mohd Zaki Zahari
6.Mohd Afif
7.Mohd Syazwan
8.Subhi Helmi
9.Muhammad Ashraf
10.Amar

Konvoi bermula dari SMK Bandar Baru Darulaman, peserta dilepas pada jam 9.30pagi. Konvoi bergerak menuju ke sempadan negeri Perlis, tiba disempan negeri Perlis peserta konvoi disambut oleh Pengakap Negeri Perlis dan anggota polis. Peserta konvoi telah diiring oleh unit Traffik Perlis dan Mashall Konvoi menuju Rumah Sejahtera Batu Bertangkup,Chuping. Peserta konvoi melakukan khidmat masyarakat antara aktiviti yang dijalankan adalah membersihkan halaman Rumah Sejahtera dan mengecat semula pintu pagar. Aktivti khidmat masyarakat berakhir dengan perasmian oleh ADUN Chuping dan jamuan makan tengahari bersama penghuni Rumah Sejahtera serta menyampaikan sedikit buah tangan pada mereka. Peserta Konvoi meneruskan perjalanan ke Arked Padang Besar sebelum meneruskan perjalananan ke Bukit Ayer Resort untuk berehat dan bermalam. Pada malam tersebut antara aktiviti yang dijalankan adalah majlis penutup Program Konvoi Amal Silaturahim yang disempurnakan oleh Pesuruhjaya Pengakap Negeri Perlis dan penyampaian sijil kepada peserta. Majlis diteruskan dengan aktiviti barbeku(BBQ) sebelum peserta berehat dan melelapkan mata.
Pada hari terakhir, selepas sarapan peserta konvoi meneruskan perjalanan ke Taman Ular dan Reptilia, selepas melawat Taman Ular dan Reptilia peserta Konvoi meneruskan perjalanan ke Negeri Kedah menuju ke SMK Bandar Baru Darulaman. Peserta Konvoi sempat menunaikan Solat Fardhu Jumaat di Masjid A'la Jitra kerana kelewatan masa untuk tiba di destinasi. Setelah sampai peserta Konvoi sempat begambar beramai-ramai sebelum bersurai.
TAHNIAH..

























No comments: